Salam mesra.
Selepas beberapa hari BB bercuti panjang sempena Hari Aidiladha, entry BB hari ini akan mengulas isu-isu berkaitan dengan bloggers pro kerajaan dengan peliwat bloggers yang mencari keuntungan. BB melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila nama bloggers pro kerajaan digunakan oleh golongan di dalam kerajaan untuk meraih keuntungan dan demi tujuan peribadi (klik sini dan sini). (Blog BB tidak termasuk dalam senarai) Beberapa nama disebut yang yang menjual nama bloggers ini. Puak dan juak-juak ini sememang di dalam UMNO khususnya menduduki kerusi EXCO PEMUDA UMNO. Puak dan juak-juak ini sebenarnya yang meruntuhkan moral dan akhlak di dalam UMNO sebenarnya. BB dah faham sangat dengan perangai-perangai puak-puak ini yang masuk UMNO nak mencari kekayaan semata-mata. Matlamat masuk UMNO nak mencari keuntungan dan sekiranya bernasib baik akan menjadi calon dalam PRU13. Puak dan juak-juak ini baru masuk politik sehari dua dah bercita-cita besar. Pandai cakap tapi tak tau nak buat kerja langsung dan lebih suka ambil kredit kerja-kerja orang lain. Bab-bab mengampu ni puak-puak ni jadi nombor wahid. Tapi yang peliknya ada pula kepimpinan tertinggi UMNO dan pak-pak menteri yang terpengaruh dan percaya temberang puak-puak ini. Pelik bin Ajaib. ADA UDANG DI SEBALIK BATU KOT!!!!!!
BB berharap tindakan membuang dan menyahkan puak-puak yang merosakkan parti seperti ini wajar dilakukan dengan sesegera miungkin. BB yakin kepimpinan UMNO pusat khususnya YAB DS Najib telah maklum dan mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini. BB akan cuba pastikan dengan apa kaedah sekalipun isu-isu dibangkitkan dan disampaikan ke pengetahuan YAB DS Najib demi memastikan para bloggers pro kerajaan tidak diliwat dan disontot oleh puak-puak sebegini. BB tiada kepentingan dalam isu ini cuma BB yakin bloggers pro kerajaan berniat suci murni untuk membantu kerajaan BN untuk memenangi PRU13. Cuma BB harap tiada para bloggers pro kerajaan tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan pula. Masih ada lagi para bloggers pro kerajaan yang menjadi blogger sukarela tanpa ada sebarang bayaran 1 sen pun. BB yakin dan masih percaya semangat dan kekentalan para bloggers pro kerajaan menghadapi psywar bloggers pro pembangkang. Insyallah..wallahuaqlam..BB

No comments :
Post a Comment