BB harap pembaca dan pendengar menilai dengan penilaian yang wajar. BB tak berani nak mengulas kerana BB tidak berapa arif tentang agama. Tetapi yang menarik pada BB ialah anak saudara BB ada di dalam majlis tersebut. Beliau adalah seorang blogger. BB berharap beliau sentiasa dirahmati Allah walaupun fahaman poltik kami berbeza...wallahuaqlam..BB..
Tuesday, November 1, 2011
DATUK DR HASSAN ALI SESI TEMURAMAH DENGAN WARTAN SINAR WEB TV
Walaupun BB adalah penyokong tegar UMNO dan BN tetapi BB begitu teruja dengan pendirian Datuk Hassan Ali tentang murtad. Beliau berpegang kepada prinsip untuk menegakkan "Akidah ISLAM" dan "NYAWA KITA UNTUK AKIDAH" walaupun beliau diserang bertubi-tubi oleh golongan khawarij PAS. Sekiranya pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam tak kira pemimpin kerajaan BN ataupun sebaliknya yang seiring prinsip beliau ini, BB yakin kekuatan UMAT ISLAM di Malaysia akan kukuh dan terjalin dengan baik. Dalam bab akidah ini, BB menyokong penuh dengan Datuk Dr. Hassan Ali walaupun beliau seorang pemimpin PAS. BB yakin Mufti Negeri Perak Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berpendirian yang sama...wallahuaqlam..BB..
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)