BB melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila entry Blogger Papagomo yang terkilan, sedih dan kecewa mengenangkan nasib blogger pro kerajaan selepas PRU 13. Daripada entry tersebut satu perjumpaan Blogger-Blogger Pro Kerajaan yang di sebut Parpu Kari, Dr Novandri, Gerakan Anti PKR, Pisau.Net, Media Permatang Pauh, Darul Ehsan Today, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gerakan Timur, Keris Putra, Pejuang Bangsa, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Empayar Pemuda bercerita tentang untung nasib selepas PRU13. Di samping itu Papagomo menceritakan tentang penglibatan beliau dalam UMNO sejak 2007 dan bermulanya perjuangan beliau didalam blog.Klik Sini.
Di samping itu, beliau pernah dihentam dikritik oleh Tun Faizal (Klik Sini) di dalam entry beliau. Beliau mengatakan Papagomo dah ego dan lupa daratan. Papagomo jelas beliau seorang Bloggers sepenuh masa dan berbayar. BB tak berminat dengan kisah sadis seteru kedua-duanya. Cuma BB berharap cyto pro kerajaan akan terus menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Kalau nak dibanding BB dengan Papagomo dialam alam cyber jauh sekali BB masih orang baru dalam alam cyber manakala Papagomo orang yang hebat. Walaupun BB hanya banyak copy and paste tetapi tidak menjadi halangan kepada BB untuk meneruskan kerja-kerja sukarela sebegini tanpa mengharapkan apa-apa pun. Tapi di dalam penglibatan di dalam UMNO, BB lebih awal daripada Papagomo sejak 1983 lagi. BB telah merasa asam garam dan tendang terajang dalam politik. Begitu lumrah dalam berpolitik. BB akur dengan semua itu. Cuma kekuatan dan semangat BB masih kuat kerana terlalu sayangkan agama, bangsa dan negara. Penonjolan BB hanya di dalam blog sahaja dan tak perlu dikenali atau mengadakan mesyuarat tergempar. Cukup sekadar begini sahaja. BB rasa senang.
Nasihat kepada semua para blogger pro kerajaan, teruskan usaha dan pastikan kejayaan BN di dalam PRU 13 nanti..Walaupun sumbangan bloggers tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit momentum kepada pengundi keseluruhannya..LAWAN TETAP LAWAN..wallahuaqlam..BB





